Sunday, 26 March 2017

CARA BUAT EM GUNA HASIL BUANGAN DAPUR SEPERTI BUAH BUAHAN DAN SAYUR SAYURAN

Sebelum ni aku dah cuba buat EM mengguna campuran susu dan air beras ... Hasilnya aku berjaya buat... Pada kali ini dalam aku dok google pasal EM ..aku terjumpa artikel yang menerangkan cara - cara membuat EM menggunakan hasil buangan dapur seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.Oleh kerana ini adalah projek aku yang datang, so terpaksalah aku copy n paste cara membuatnya dari artikel yang aku baca tu.....


Cara-cara membuat EM


1.      Dapatkan 1 bekas yang sesuai dengan kandungan bahan yang akan dibuat dan tidak lebih 2/3 dari bahagian bekas yang di isikan bahan.
2.      Bekas yang digunakan mesti lengkap dengan penutup.
3.      Masukkan 10 liter air.
4.      Masukkan 1kg gula merah dan kacau sehingga gula tadi telah cair sepenuhnya.
5.      Masukkan 1 botol yakut (boleh masuk ataupun tidak).
6.      3kg kalau mengunakan sisa dapur seperti nasi ,kulit buah-buahan,sisa ikan dan sebagainya boleh terus dimasukan ke dalam bekas tetapi kalau mengunakan sisa tumbuhan , buah nenas ataupun labu,bahan-bahan ini hendaklah di cincang terlebih dahulu.
7.      Seterusnya bekas ditutup penutupnya dan letakkan di tempat redup.
8.      Setiap hari penutup hendaklah dibuka untuk mengeluarkan gas yang terhasil dan ditutup semula.
9.      Bahan-bahan didalam bekas hendaklah dikacau setiap 3 hari untuk percepat proses pereputan.
10.  Setelah 1 bulan cecair yang terhasil daripada proses inilah yang dinamakan EM (Mikroorganisma Efektif).
11.  Semua cecair yang terhasil hendaklah ditapis dan bahan-bahan campuran tadi di perah.
12.  Sekarang kita telah menghasilkan EM pekat dan perlu dicairkan apabila hendak digunakan.

Amaran: Jika EM yang terhasil berbau masam-masam manis,kita telah berjaya kalau berbau busuk, hendaklah dilupuskan ke sungai.

Kegunaan EM
Menyuburkan tanah , pokok dapat membesar dengan cepat,menghasilkan buah yang banyak serta menghasilkan tumbuhan yang bebas dari bahan kimia.
Kalau ikut kata para blogger yang terlebih dahulu buat kajian..atau pun copy paste..macam-macam kegunaan EM ni sebenarnya..boleh campur dlm air minum ternakan..boleh cuci longkang..boleh cuci lantai..boleh kurangkan bau kandang lembu/ayam..pendek kata macam-macam boleh..hinggakan kambing yang dah terbukti bacin bau dia pun boleh jadi wangi....hebat-hebat..mungkin juga betul semua tu...tapi selagi aku belum cuba...tak berani nak suruh korang guna..
Untuk resepi diatas aku hanya cadangkan untuk tumbuhan saja...itu yang aku cuba sendiri tak tipu...mungkin lepas ni aku cuba pula buat sabun EM..hi..hi..hi..untuk bau ketiak yang degil... 
jangan mare..
Cara Menguna EM
10ml  EM dicampurkan dengan  10 liter air dan boleh digunakan dengan cara menyiram terus ke tanaman kita ataupun untuk tanaman seperti orkid boleh juga di sembur mengunakan botol penyembur.
NISBAH BAHAN: 1:3:10 (contoh: 1kg gula merah + 3kg sisa dapur,sayuran ,buah + 10 liter air)
Selamat Mencuba 






Gambarajah kandungan dalam tong untuk buat EM

Related image
Antara tong yang sesuai digunakan untuk menghasilkan EM

No comments:

Post a Comment