Akhirnya kecundang juga bapak kandang kerana batu karang ... setelah 3 hari tidak dapat kencing ..
Terima kasih kepada rakan2 penternak yang banyak bagi ilmu tentang permasalahan kambing, sedikit sebanyak boleh menjadi panduan dan pedoman dalam menghadapi permasalahan penternakan kambing di hari hari yang mendatang .... tumbuhan herba yang bakal di tanam di kandang sebagai persediaan jika terjadi lagi batu karang ... nak tanam pokok pecah beling ... masih dalam tapak semaian ... kalo kambing tidak sakit batu karang pun ... tengok pelahap je kambing makan .. kiranya boleh jadi ubatan herba kambing dan juga sebahagian makanan kambing....
Tuesday, 16 May 2017
Sunday, 26 March 2017
CARA BUAT EM GUNA HASIL BUANGAN DAPUR SEPERTI BUAH BUAHAN DAN SAYUR SAYURAN
Sebelum ni aku dah cuba buat EM mengguna campuran susu dan air beras ... Hasilnya aku berjaya buat... Pada kali ini dalam aku dok google pasal EM ..aku terjumpa artikel yang menerangkan cara - cara membuat EM menggunakan hasil buangan dapur seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.Oleh kerana ini adalah projek aku yang datang, so terpaksalah aku copy n paste cara membuatnya dari artikel yang aku baca tu.....

Gambarajah kandungan dalam tong untuk buat EM

Antara tong yang sesuai digunakan untuk menghasilkan EM
Cara-cara membuat EM
1. Dapatkan 1 bekas yang sesuai dengan kandungan bahan yang akan dibuat dan tidak lebih 2/3 dari bahagian bekas yang di isikan bahan.
2. Bekas yang digunakan mesti lengkap dengan penutup.
3. Masukkan 10 liter air.
4. Masukkan 1kg gula merah dan kacau sehingga gula tadi telah cair sepenuhnya.
5. Masukkan 1 botol yakut (boleh masuk ataupun tidak).
6. 3kg kalau mengunakan sisa dapur seperti nasi ,kulit buah-buahan,sisa ikan dan sebagainya boleh terus dimasukan ke dalam bekas tetapi kalau mengunakan sisa tumbuhan , buah nenas ataupun labu,bahan-bahan ini hendaklah di cincang terlebih dahulu.
7. Seterusnya bekas ditutup penutupnya dan letakkan di tempat redup.
8. Setiap hari penutup hendaklah dibuka untuk mengeluarkan gas yang terhasil dan ditutup semula.
9. Bahan-bahan didalam bekas hendaklah dikacau setiap 3 hari untuk percepat proses pereputan.
10. Setelah 1 bulan cecair yang terhasil daripada proses inilah yang dinamakan EM (Mikroorganisma Efektif).
11. Semua cecair yang terhasil hendaklah ditapis dan bahan-bahan campuran tadi di perah.
12. Sekarang kita telah menghasilkan EM pekat dan perlu dicairkan apabila hendak digunakan.
Amaran: Jika EM yang terhasil berbau masam-masam manis,kita telah berjaya kalau berbau busuk, hendaklah dilupuskan ke sungai.
Kegunaan EM
Menyuburkan tanah , pokok dapat membesar dengan cepat,menghasilkan buah yang banyak serta menghasilkan tumbuhan yang bebas dari bahan kimia.
Kalau ikut kata para blogger yang terlebih dahulu buat kajian..atau pun copy paste..macam-macam kegunaan EM ni sebenarnya..boleh campur dlm air minum ternakan..boleh cuci longkang..boleh cuci lantai..boleh kurangkan bau kandang lembu/ayam..pendek kata macam-macam boleh..hinggakan kambing yang dah terbukti bacin bau dia pun boleh jadi wangi....hebat-hebat..mungkin juga betul semua tu...tapi selagi aku belum cuba...tak berani nak suruh korang guna..
Untuk resepi diatas aku hanya cadangkan untuk tumbuhan saja...itu yang aku cuba sendiri tak tipu...mungkin lepas ni aku cuba pula buat sabun EM..hi..hi..hi..untuk bau ketiak yang degil...
jangan mare..
Cara Menguna EM
10ml EM dicampurkan dengan 10 liter air dan boleh digunakan dengan cara menyiram terus ke tanaman kita ataupun untuk tanaman seperti orkid boleh juga di sembur mengunakan botol penyembur.

NISBAH BAHAN: 1:3:10 (contoh: 1kg gula merah + 3kg sisa dapur,sayuran ,buah + 10 liter air)
Selamat Mencuba

Antara tong yang sesuai digunakan untuk menghasilkan EM
Wednesday, 22 March 2017
EFFECTIVE MICROORGANISM
Bila aku baca dalam FB ,orang dok bercerita kandang kambing mereka kurang berbau sebab mereka sembur kandang dengan EM...So aku pun surf internet cari maklumat pasal EM .. Dalam dok surf .. aku jumpa satu artikel pasal EM. Dia terangkan satu persatu cara b uat EM yang aku fikir aku boleh buat EM itu mengikut langkah-langkah yang dia berikan.
Aku pun buat EM tu pertama kalinya mengikut langkah2 yang diberikan... Alhamdulillah.. menjadi... Aku sembur kat kandang kambing aku... bau kandang berkurangan ... bila bau aje aku sembur ...kalau hari hari aku sembur .... mau bau busuk kandang hilang ....
Kat bawah ni aku copy paste cara buat EM yang aku buat mengikut langkah langkah yang diberi ... aku berjaya buat tau ...ikut langkah langkah dibawah ni...
2. Bekas yang nak diguna juga perlu bebas klorin. Ertinya, bekas yang hendak diguna perlu dibasuh dengan air bebas klorin juga. Sebabnya ? Klorin mematikan bakteria, sedangkan kita hendak ternak bakteria.
3. Labelkan tarikh buat pada bekas, supaya tidak lupa.
2. Untuk menghilangkan bau najis haiwan. Cairkan 2 sudubesar (sb) EM dgn 1L air. Campurkan dengan makanan/minuman haiwan, dan juga sembur pada najis haiwan.
Dengan nisbah 2 sudu besar EM/1L air (ini panduan saja. Saya pakai cara mewah, selalunya lebih dari 2 sudu besar EM/1L. Kalau cepat habis sy boleh buat lagi EM. Saya suka !!!). Kita boleh pakai EM utk berbagai jenis kegunaan. Antaranya, sembur atau siram pada kompos, masukkan kedalam akuarium, membuat bokashi bran, membuat IMO5, membersihkan sungai/parit yg tercemar, malah baik juga untuk sistem percernaan manusia dan haiwan.
Secara peribadi, saya menggunakan EM dalam hampir setiap pembuatan MOL, OHN dan baja-baja saya.
.... selamat mencuba....
Aku pun buat EM tu pertama kalinya mengikut langkah2 yang diberikan... Alhamdulillah.. menjadi... Aku sembur kat kandang kambing aku... bau kandang berkurangan ... bila bau aje aku sembur ...kalau hari hari aku sembur .... mau bau busuk kandang hilang ....
Kat bawah ni aku copy paste cara buat EM yang aku buat mengikut langkah langkah yang diberi ... aku berjaya buat tau ...ikut langkah langkah dibawah ni...
EM (Effective Microorganism) atau Lactobacillus Serum atau Lacto Serum boleh digunakan untuk berbagai tujuan, antaranya sebagai baja. Mikrob lactobacillus ini bertindakbalas dengan mikrob dalam tanah, menjadikan tanah lebih subur, menghilangkan bau najis haiwan, membersihkan saluran longkang dan sungai. Ianya boleh dicampurkan dalam makanan haiwan, dan juga sebagai pembersih udara. Bagi pokok tin, ia boleh digunakan untuk untuk rawatan media tanaman atau semaian.
Disini saya ingin kongsikan apa yang diamalkan oleh Pn. Salina Shamsudin untuk menghasilkan EM berkenaan. Terima kasih saya ucapkan kepada Pn. Salina Shamsudin kerana sudi berkongi info yang penting ini dengan anda semua.
Ini dia cerita Pn. Salina Shamsuddin...
2. Peram air beras ini 3 ke 5 hari. Peraman siap bila air berbau masam dan menghasilkan 3 lapisan. Lapisan atas sekali ialah karbohidrat + kulat. Lapisan tengah (yg ni kita nak ambil) penuh dgn bakteria dan asid laktik. Lapisan bawah ialah kanji, hasil peraman.
3. Gunakan bekas baru yg lebih besar, masukkan air beras masam + dgn susu. (nisbahnya ialah 1 bhg air beras masam + 10 bhg susu. Susu apa pun tak pe. Paling baik ialah susu fresh. Kalau tak dapat susu fresh, gunalah susu cair/susu tepung dan sebagainya. Jangan menangis kalau tak dapat susu fresh tau.
4. Tutup bekas dgn kain, ikat elok2 supaya haiwan tak masuk. Kalau masuk, nanti ada ulat, eeeee... geli.. Peram seminggu.
5. Lepas seminggu, akan terbentuk 2 lapisan. Lapisan atas ialah susu kental, penuh dgn karbohidrat, protin dan lemak. Sape nak try rasa, boleh, sbb sy dah pernah rasa. Tak sedap mana pun. Bagi aje kat haiwan, pokok atau kompos. Lapisan bawah terdiri dari cairan warna kuning cair, kaya dgn bakteria. Cairan ini ialah lactobacillus serum, yg ni yg kita nak. Tapis untuk asingkan susu kental dgn lacto serum.
6. Untuk simpan, campurkan lacto serum (lacto serum ialah EM) ini dgn molasses. (molasses ialah gula merah yg dimasak dgn air, hingga cair). Nisbahnya ialah 1 bhg lacto serum + 1 bhg molasses. (kalau malas nak buat molasses, campur saja gula perang, nisbahnya 1 : 1 juga. Contohnya 1L lacto serum + 1kg gula perang). Saya simpan lacto serum (EM) dalam peti sejuk.Kalau taknak simpan dalam peti sejuk pun tak pe, takde masalah pun.
Lacto serum (EM) yg kita dapat ini PERLU DICAIRKAN sebelum digunakan.
Ini dia cerita Pn. Salina Shamsuddin...
Cara pembuatan
1. Basuh beras (dengan AIR TANPA KLORIN), ambil airnya. Simpan dalam bekas, tutup dengan kain, ikat supaya tak ada binatang masuk.2. Peram air beras ini 3 ke 5 hari. Peraman siap bila air berbau masam dan menghasilkan 3 lapisan. Lapisan atas sekali ialah karbohidrat + kulat. Lapisan tengah (yg ni kita nak ambil) penuh dgn bakteria dan asid laktik. Lapisan bawah ialah kanji, hasil peraman.
3. Gunakan bekas baru yg lebih besar, masukkan air beras masam + dgn susu. (nisbahnya ialah 1 bhg air beras masam + 10 bhg susu. Susu apa pun tak pe. Paling baik ialah susu fresh. Kalau tak dapat susu fresh, gunalah susu cair/susu tepung dan sebagainya. Jangan menangis kalau tak dapat susu fresh tau.
4. Tutup bekas dgn kain, ikat elok2 supaya haiwan tak masuk. Kalau masuk, nanti ada ulat, eeeee... geli.. Peram seminggu.
5. Lepas seminggu, akan terbentuk 2 lapisan. Lapisan atas ialah susu kental, penuh dgn karbohidrat, protin dan lemak. Sape nak try rasa, boleh, sbb sy dah pernah rasa. Tak sedap mana pun. Bagi aje kat haiwan, pokok atau kompos. Lapisan bawah terdiri dari cairan warna kuning cair, kaya dgn bakteria. Cairan ini ialah lactobacillus serum, yg ni yg kita nak. Tapis untuk asingkan susu kental dgn lacto serum.
6. Untuk simpan, campurkan lacto serum (lacto serum ialah EM) ini dgn molasses. (molasses ialah gula merah yg dimasak dgn air, hingga cair). Nisbahnya ialah 1 bhg lacto serum + 1 bhg molasses. (kalau malas nak buat molasses, campur saja gula perang, nisbahnya 1 : 1 juga. Contohnya 1L lacto serum + 1kg gula perang). Saya simpan lacto serum (EM) dalam peti sejuk.Kalau taknak simpan dalam peti sejuk pun tak pe, takde masalah pun.
Lacto serum (EM) yg kita dapat ini PERLU DICAIRKAN sebelum digunakan.
a). Basuh beras dengan air tanpa klorin.
Simpan 3 ke 5 hari, tutup botol
dengan kain nipis.
Simpan 3 ke 5 hari, tutup botol
dengan kain nipis.
b). Lepas 4 hari, terbentuk 3 lapisan.
Kita ambil lapisan tengah saja
c). Air beras masam yang ditapis,
campur dengan susu cair. Nisbah 1 : 10
(1 bahagian air beras + 10 bahagian susu)
d). Air beras + susu, tutup bekas dgn kain,
perlukan udara untuk proses peraman.
Peram seminggu.
e). Lepas seminggu, terbentuk susu
kental dan lacto serum.
f). Inilah rupa susu kental
g). Tapis utk asingkan susu
kental dengan lacto serum
h). EM/Lactobacillus Serum
/Lacto Serum
i). Nak simpan, campur lacto serum
dengan molasses atau gula perang.
Nisbah 1 : 1.
Catatan penting
1. Air untuk basuhan beras MESTI bebas klorin. Air hujan, air paip yg disimpan lebih dari 24 jam, air sungai, air tasik, air telaga boleh guna. Air laut tidak boleh. Ada sesetengah pendapat mengatakan air RO juga tidak boleh.2. Bekas yang nak diguna juga perlu bebas klorin. Ertinya, bekas yang hendak diguna perlu dibasuh dengan air bebas klorin juga. Sebabnya ? Klorin mematikan bakteria, sedangkan kita hendak ternak bakteria.
3. Labelkan tarikh buat pada bekas, supaya tidak lupa.
Cara penggunaan.
1. Untuk pembajaan : Cairkan 2 sudu besar EM kedalam 1L air. Boleh sembur terus pada tanaman dan tanah, atau campur dengan baja2 lain (MOL, OHN, IMO dan sebagainya)2. Untuk menghilangkan bau najis haiwan. Cairkan 2 sudubesar (sb) EM dgn 1L air. Campurkan dengan makanan/minuman haiwan, dan juga sembur pada najis haiwan.
Dengan nisbah 2 sudu besar EM/1L air (ini panduan saja. Saya pakai cara mewah, selalunya lebih dari 2 sudu besar EM/1L. Kalau cepat habis sy boleh buat lagi EM. Saya suka !!!). Kita boleh pakai EM utk berbagai jenis kegunaan. Antaranya, sembur atau siram pada kompos, masukkan kedalam akuarium, membuat bokashi bran, membuat IMO5, membersihkan sungai/parit yg tercemar, malah baik juga untuk sistem percernaan manusia dan haiwan.
Secara peribadi, saya menggunakan EM dalam hampir setiap pembuatan MOL, OHN dan baja-baja saya.
.... selamat mencuba....
Wednesday, 15 March 2017
BEBERAPA SPESIS KAMBING
Kambing ni ada macam macam keturunan ... Ada berpuluh spesis kambing ... Ni ada beberapa spesis kambing.. Ye ke spesis ... hantam saja la labu ...hahaha
BOER
ALPHINE
ANGLO NUBIAN
JAMNAPARI
KALAHARI RED
SAANEN
PYGMI
KAMBING PUN KENA BATU KARANG
Hari ahad baru ni ... dalam duk sibuk bagi kambing makan .. Tiba-tiba sekor kambing jantan aku kegelisahan ... Aku ingatkan kambing aku biang ... Perhati punya perhati ... baru aku perasan, sekor kambing jantan tu payah nak kencing ...... ALAMAK .....kambing aku terkena batu karang .... aisey.. dah la tak de pengalaman pasal batu karang ni ... Dalam kepala ni dok kata mesti kes makan byk dedak .... Tak tau nak buat mcm mana .. kedai haiwan tutup ... pejabat veteriner pun tutup.. sebab hari ahad . last2 pegi farmasi ... beli ubat kencing tak lawas ... dalam paket mcm eno lebih kurang ... bagi kambing tu minum... Keesokan hari,kambing tu dah tenang dan boleh kencing sikit2 tp ada bercampur dgn darah...
Lepas tu pergi pejabat veteriner tanya pasal penyakit ni ... pejabat veteriner beri ubat suntik untuk batu karang dan ubat antibiotik ... sekarang ni aku tgk kambing tu dah mulai selesa ... semakin hari kambing tu kencing semakin banyak ... situasi kambing semakin positif ...walaupun belum sembuh sepenuhnya . Harap kambing tu pulih sepenuhnya .. Ilmu yang aku dapat dari kes tersebut ... bagaimana menangani kambing yang terkena penyakit batu karang pada peringkat awal...
Ada org kata bagi kambing minum air yang bercampur cuka epal bagi mengelakkan kambing terkena batu karang ... Bagi kambing minum air bercampur cuka epal seminggu sekali dgn sukatan 1 sudu cuka epal campur dengan 1 liter air... Betul atau tidak keberkesanan nya tak tau la ... kalo x de kesan sampingan pada kambing apa salahnya mencuba ... ye tak
INDIGOFERA LAGI
Kelmarin aku cerita kegagalan aku menanam indigofera...... Selepas beberapa bulan anak pokok indigofera aku mati... Aku beli sekali lagi biji benih indigofera pada orang yang sama... sebab murah ...tu yang beli ... Dari ku semai dan sampai sekarang ...sudah ada 5 pokok berusia 2 bulan yang sudah aku tanam di atas tanah.... 12 pokok lagi masih didalam polibeg ... Alhamdulillah .. sehingga setakat ni masih hidup subur.. Harap-harap akan terus membesar... susah juga nak tanam pokok ni kalau tidak kena gaya....
Tapak semaian benih indigofera
anak pokok indigofera yang masih dalam polibeg
Pokok indigofera berusia anggaran 2 bulan yang di tanam di atas tanah
Tuesday, 14 March 2017
INDIGOFERA
Indigofera atau tarum... Sebelum ni aku tak pernah dengar dan lihat pun pokok ni... atau aku pernah lihat tapi aku tak tau pokok apa... Bila pertama kali tengok kat alam siber ... Aku bayangkan pokok yang orang kampung aku tanam untuk buat pagar kebun. Ternyata bayangan aku tu salah .Walaupun kelihatan agak sama.
Sesetengah org tua kata daun tarum boleh menghindarkan cacing pada kanak-kanak caranya kanak-kanak yang kecacingan dimandikan dengan air yg direndam daun tarum.
Setelah aku jelajah dari satu artikel ke satu artikel .. aku baca satu blog ni pasal indigofera dan aku berminat membeli biji benih indigofera yang ku kira antara yang termurah yang aku dapati.Terima kasih bro....
Dari beratus biji benih indigofera yang aku semai hanya 12 pokok aje yang tumbuh..... Dan hanya 2 pokok saje yang membesar sehingga ketinggian 2 kaki.Tak tahu kenapa... akhirnya 2 pokok itu mati.Aku kira susah juga nak tanam pokok ni. Maklumlah pertama kali tanam indigofera ni. Ada beberapa kenalan bagitau yang mereka pernah tanam pokok ni,mmg payah nak hidup... So misi kali pertama tanam indigofera .....GAGAL
rupa daun indigofera ... pic copy dari internet
HARDAHFARMS
Hardahfarms ... Harap-harap, satu hari nanti angan-angan ini akan menjadi kenyataan... Impian untuk mempunyai ladang ternakan sendiri.. tapi bukan sendiri jugak kot ... ladang ternakan keluarga yang lebih sesuai.. Banyak perkara yang perlu dipelajari,banyak ilmu yang perlu ditimba.Bukan senang untuk mewujudkan sebuah farms.Banyak benda dan perkara perlu dikorbankan.
Biar jiwa ini bersemangat dan membara
biar permulaan sekadar mimpi
jadi kenyataan di akhirnya
Semoga Allah mempermudahkan segalanya ... amin
Subscribe to:
Posts (Atom)